Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K (Safe & Protect)

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kempen keselamatan kanak-kanak sabahat B.I.J.A.K (Safe & Protect) kepada pelajar SMK Pujut Miri. Kempen ini telah disertai oleh pelajar sekolah SMK Pujut, Miri yang berumur dalam lingkungan 13 sehingga 17 tahun.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan kepekaan pelajar sekolah tentang keselamatan dalam menggunakan internet. Selain itu, kempen ini diadakan bertujuan untuk memupuk pelajar supaya berhati-hati menggunakan internet melalui penyampaian ceramah Klik dengan Bijak. Pada masa yang sama, staff Pusat Internet juga berkesempatan mempromosi dan menyatakan fungsi Pusat Internet dan ASO (Analog Switch Off).

Antara kebaikan yang pelajar perolehi dari kempen ini ialah mereka mendapat pendedahan mengenai tips-tips keselamatan ketika melayari internet. Pelajar juga mula tahu kewujudan dan fungsi Pusat Internet dan mereka peka tentang program Digital TV iaitu MyFreeView.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali